Jumaat, 31 Oktober 2014

Tindakan terdesak Shafee – Siti Aishah

KEADILAN DAILY


PUTRAJAYA  : Tindakan peguam yang rapat dengan Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang cuba memberi gambaran wujud hubungan di antara ‘istimewa’ diantara Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama bekas pekerjanya Saiful Bukhari Azlan sebagai satu usaha terdesak.

Ketua Srikandi KEADILAN , Siti Aishah Shaikh Ismail berkata begitu ketika mengulas tindakka terbaru Shafee yang menurutnya sengaja mewujudkan persepsi baru dikalangan rakyat.

Siti Aisyah“Kalau kita teliti semua fakta dan hujah yang dikemukakan oleh peguam pembelaaan ternyata semua hujah itu cukup baik.

“Ia telah berjaya mengugat semua konspirasi politik jahat oleh pemimpin Umno sehingga Shafee ambil pendekatan untuk tangguh penghujahan bagi mencipta alasan baru bagi memanipulasi kembali minda rakyat,” tegasnya.

Shafee jelas Siti Aishah lagi dipergunakan oleh pemimpin Umno untuk menimbulkan persepsi negetif kepada Anwar dengan cuba mengambarkan Saiful mendapat banyak manafaat diberikan Anwar kerana dianggap istimewa.

“Kita lihat hujah Shafee ini tidak masuk akal.

” Sepanjang fakta yang dikemukakan hubungan yang wujud diantara Anwar dan Saiful sudah tentu hanya hubungan diantara majikan dan seorang pekerja sahaja.

“Shafee diamanahkan untuk timbulkan dan tanam persepsi baru di kalangan rakyat memandangkan peluang Anwar dibebaskan cukup luas,” tegas Aishah yang juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Tiada ulasan: