MALAYSIAKINI
PKR membidas pihak yang mendakwa mereka keluar negara untuk memalukan
Malaysia beberapa minggu sebelum keputusan kes liwat II melibatkan Ketua
Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, Ketua Biro Antarabangsa PKR Gooi Hsiao Leung berkata mereka
ke sana untuk menjemput beberapa pemerhati undang-undang antarabangsa
bagi memastikan proses itu berjalan dengan adil dan bebas tanpa sebarang
campur tangan.
"Kita bekerjasama dengan beberapa pertubuhan antarabangsa dan pihak
kedutaan, begitu juga pengamal undang-undang daripada Australia, United
Kingdom, Perancis, Indonesia dan lain-lain.
"Pertubuhan antarabangsa seperti Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi
Manusia (FIDH), Pertubuhan Undang-undang Asia Pasifik (Lawasia),
Inter-Parliamentary Union (IPU), Australian Law Council dan Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengesahkan untuk menghantar pemerhati
mereka esok," katanya dalam sidang medianya di Lobi Dewan Rakyat, hari
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan