SELAANGOR KINI
SELAYANG : Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib bersama-sama dengan kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Taman Templer turun padang sendiri bagi melawat tapak mempunyai masalah pembangunan di Selayang Heights.
Masalah yang berlarutan sejak dahulu ini mendapat perhatian Zaidy untuk diselesaikan bersama pemaju dan penduduk di situ.
Zaidy juga sempat berbincang dengan pemaju projek tersebut tentang masalah yang sebenarnya berlaku.
Dalam sesi lawatan tersebut, didapati beberapa tapak pembinanan tanpa permit dikenalpasti.
Perkara tersebut akan dipantau dari semasa ke semasa dan akan mengemaskini perkembangan perjalanan projek tersebut.
Sebelum itu Zaidy memenuhi jemputan daripada Ketua Kampung Kepong Ulu, Tok Tommy Lai untuk bersama-sama berada di dalam majlis makan malam bersempena dengan Tahun Baru Cina.
Turut hadir dalam majlis itu, Saudara Chua Wei Kiat, yang merupakan pembantu kepada Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Zaidy juga sempat beramah mesra dan sempat menyampaikan ucapan kepada para pengunjung majlis itu.
EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan