Mayat Siti Hajar Bakar, 48, ditemui pada 4.07 petang tadi kira-kira 1.5 km dari tempat beliau terjatuh di atas sebuah jambatan di situ.Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Rosdi Ismail berkata mayat mangsa ditemui setelah ia timbul semasa usaha mencari dijalankan.
"Mayatnya diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat," katanya di sini.
Lapan anggota Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat terbabit dalam operasi mencari mangsa dengan dibantu tujuh anggota Balai Bomba Sungai Petani.
Bomba menggunakan bot sepanjang operasi itu berikutan keadaan Sungai Muda yang dalam dan berarus deras.
Beberapa penduduk kampung mendakwa melihat seorang wanita mundar-mandir di atas jambatan berhampiran Kampung Pantai Cicar kira-kira 7 pagi Rabu.
Siti Hajar, yang tinggal di kawasan perumahan Taman Petani Jaya di sini, bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang di sini.
Beliau dikatakan ke kawasan itu dengan memandu keretanya, yang diletakkan di tepi jalan raya berdekatan Kampung Pantai Cicar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan