MALAYSIAKINI
Umno dan DAP bertelagah dalam isu perhimpunan 2,000 mahasiswa dan
penyokong pembangkang di Universiti Malaya (UM) di ibu negara pada
Isnin.
DAP menggesa UM menarik balik laporan polis berhubung isu itu dan menumpukan tenaga kepada usaha menaikkan ranking universiti.
Puteri Umno pula menggesa tindakan dikenakan terhadap pihak yang
memecahkan kunci di pagar UM untuk memasuki kampus bagi mendengar ucapan
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Pentadbiran
UM patut mengambil sikap bijaksana terhadap apa yang berlaku pada
Isnin, mengaku ia membuat kesalahan besar dengan menguncinya dan
pemutusan tenaga elektrik di UM,” kata Lim.
Puteri Umno pula berkata, tindakan tegas dan adil perlu diambil terhadap
pelajar terbabit kerana dibimbangi kepimpinan universiti dilihat atau
dianggap lemah.
“Perkara yang menyalahi undang-undang dalam kalangan pelajar tidak
seharusnya berlaku kerana mereka hanya pelajar yang pastinya menjunjung
peraturan demi masa depan mereka sebagai pelajar,” ketua Puteri Umno
Datuk Mas Ermieyati Samsudin (atas) dilapor sebagai berkata oleh Umno Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan