Saiful Bukhari
PUTRAJAYA - Ketua Pasukan Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
memberitahu bahawa bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Saiful
Bukhari Azlan, 29, adalah saksi yang mempunyai kredibiliti.
Menurutnya, kredibiliti Saiful Bukhari yang juga pengadu dalam kes liwat ini telah diputuskan semasa prosiding di mahkamah tinggi dan Mahkamah Rayuan yang lepas.
"Saya lihat beberapa isu yang dibangkitkan oleh peguam bela hari ini adalah bukan isu baru dan ianya adalah seperti yang dijangkakan.
"Kami sudah bersedia dengan jawapan untuk menjawab isu tersebut," katanya kepada wartawan di luar kamar Mahkamah Persekutuan semalam.
Ditanya adalah ini kali pertama beliau 'beraksi' bersama Peguam Utama Pembelaan Tan Sri Gopal Sri Ram, Muhammad Shafee menafikannya.
"Saya pernah bersamanya dalam kes pecah amanah dan pada waktu itu saya memegang jawatan Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan