Jumaat, 31 Oktober 2014

Anak penumpang MH370 saman MAS

SINAR HARIAN


KUALA LUMPUR - Dua anak lelaki kepada penumpang pesawat MH370 memfailkan saman terhadap Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan empat yang lain bagi menuntut ganti rugi berhubung kehilangan pesawat itu yang dinaiki bapanya, Jee Jing Hang, 8 Mac lalu.

Dua beradik yang berusia 13, dan 11, itu memfailkan saman tersebut melalui ibunya, Ng Pearl Ming, 38, menerusi Tetuan Rusmah Arunan & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 9.15 pagi semalam.

Mereka selaku plaintif turut menamakan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA); Ketua Pengarah Imigresen, Panglima Tentera Utara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam writ saman tersebut.

Berdasarkan pernyataan tuntutannya plaintif mendakwa defendan pertama, MAS telah memungkiri perjanjian penerbangan antara penumpang sehingga pesawat itu gagal mendarat di Beijing dan tiada pengakhiran sehingga kini.

Tiada ulasan: