Hasanuddin Mohd Yunus
SHAH ALAM - Golongan pendakwah memerlukan pendekatan baharu dalam
penyampaian ilmu kepada pendengar khususnya golongan muda di negara ini.
Timbalan Presiden dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa Pertubuhan Ikram, Hasanuddin Mohd Yunus berkata, pendakwah perlu lebih kreatif menarik anak muda ke majlis ilmu kerana tersebut adalah kumpulan yang paling sukar didekati para pendakwah.
Katanya, pendekatan tersebut harus tertumpu dengan cara yang lebih halus dan penyampaian yang lebih santai bagi menarik minat remaja ke arah Islam.
“Kita perlu lebih berfikiran terbuka apabila menyentuh soal pendidikan. Penyampaian ilmu melalui kuliah Subuh atau khutbah Jumaat memang sesuai untuk majlis-majlis tertentu, tetapi apabila melibatkan golongan remaja dan anak muda, pendakwah perlu memikirkan inisiatif berbeza untuk mendekati dan menyampaikan ilmu kepada mereka.
“Pendakwah perlu mendekatkan diri mereka sendiri kepada golongan anak muda ini supaya memudahkan komunikasi dua hala antara keduanya. Ia juga membolehkan pendakwah untuk menyelami dan memahami pemikiran anak muda zaman sekarang,” katanya kepada Sinar Online, semalam.
Beliau berkata, tarbiah dan dakwah sama pentingnya dengan sistem pendidikan yang disediakan kepada masyarakat kerana ia adalah sebahagian daripada ilmu yang mengajar dan mendidik masyarakat dari segi rohani dan sahsiah diri.
“Menerusi tarbiah atau dakwah yang dibawa oleh kumpulan pendakwa, golongan penerima dakwah boleh memahami sesuatu ilmu mengikut rasional dan akal fikiran masing-masing.
"Golongan pendakwah boleh menggunakan pendekatan ini (tarbiah) untuk memberi pendidikan yang berkesan kepada golongan penerima dakwah,” katanya.
“Apabila golongan penerima dakwah diberikan pendekatan tersebut, golongan itu akan tahu dan sedar bahawa kegiatan yang melibatkan keganasan seperti kumpulan militan itu tidak benar dan dilarang Islam,” jelasnya.
Jelasnya lagi, ilmu yang diperoleh menerusi siri dakwah yang diikut membuka peluang kepada golongan tersebut untuk menjadi pendakwah.
“Dakwah ini membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin mendengar dan mempelajari ilmu Islam dengan lebih mendalam.
“Dengan ilmu yang ada, mereka boleh amalkan dan apabila mereka sudah beramal mereka juga boleh menjadi pendakwah dan berdakwah kepada mereka yang lain,” tambahnya lagi.

No comments:
Post a Comment