MALAYSIAKINI
Menteri besar dan exco Selangor bakal mengusulkan untuk
mengkaji kenaikan elaun yang dinaikkan secara kontroversi tahun lalu.
Bagaimanapun menteri besar Azmin Ali menyatakan kajian itu hanya
melibatkan empat jawatan tertinggi iaitu jawatan beliau, exco, speaker
serta timbalan speaker dewan undangan negeri.
"Kami putuskan untuk kaji semula kenaikan elaun yang diputuskan pada 22 November 2013.
"Usul itu akan dikemukakan dalam sidang dewan November ini," kata beliau
dalam sidang media selepas mesyuarat exco pertamanya di Shah Alam hari
ini.
Bagaimanapun beliau nampak berdolak-dalik beberapa kali apabila wartawan
berulang-kali menyoal sama ada kajian itu bakal memotong elaun sebelum
ini atau tidak.
"Ya, potong (elaun)," kata beliau.
Kenaikan sebelum ini diusulkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat
kritikan dari rakyat kerana elaun beberapa jawatan seperti speaker naik
sehingga 300 peratus.
Azmin yang ketika itu menjadi ketua whip DUN antara paling lantang meminta kajian semula dilakukan.
Bagaimanapun kesemua ADUN lain yang turut mendapat kenaikan elaun tidak
diusik kerana kenaikan itu dirasakan berpatutan oleh Exco.
"Kita merasakan kenaikan itu berpatutan aesuai dengan tanggungjawab yang mereka galas," kata beliau
Taklimat Air KDEB esok
Sementara itu, Azmin turut mengumumkan akan kerajaan negeri akan
mendapatkan taklimat daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
berhubung penstrukturan semula industri air negeri.
Beliau berkata KDEB akan hadir ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi
Selangor (MTES) esok untuk sesi pertama sejak perjanjian induk
pengambilalihan konsesi air dimeterai bulan lalu.
"Buat masa ini, keutamaan kita adalah penstrukturan air. Kita perlu tengok perjanjian terlebih dahulu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan