MALAYSIAKINI
Pada Sabtu muram di satu sudut di London, sekumpulan penunjuk perasaan
tampil dengan nyanyian dan sorakan menggesa pemansuhan Akta Hasutan 1948
segera.
Hampir seratus rakyat Malaysia berkumpul di Suruhanjaya Tinggi Malaysia
bagi menyatakan setiakawan dengan perarakan saman Badan Peguam Malaysia
dua hari sebelum itu.
Kebanyakan peserta terdiri daripada pelajar, yang mereka membawa plakad dan kain rentang bagi mengetengahkan suara mereka.
Malah pesertanya juga datang daripada pelbagai pelosok United Kingdom,
termasuk Leeds, Cardiff, Reading, Bristol, Nottingham, Warwick, York dan
Southampton.
Dari Cardiff, mereka bangun seawal jam 4.30 pagi untuk mendapatkan bas ke London.
Daripada Nottingham mereka bergerak seawal jam 5 pagi untuk menaiki kereta api murah.
Daripada Leeds, mengharungi perjalanan lima jam menggunakan bas.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membuat penampilan mengejut dalam acara itu.
No comments:
Post a Comment