MSO
Cadangan Abdul Hadi Awang supaya Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan
sebagai MB Selangor kononnya untuk menyelesaikan krisis perebutan
jawatan MB Selangor dilihat cadangan bukan meredakan keadaan tetapi
menambah-sakitkan hari pihak PKR.
Jika orang melihat Abdul Hasi sebagai seorang berwajah agama, tentu
orang akan pertikaikan mengenai kecerdikan presiden Pas itu. Kenapa
beliau bertindak songsang dan menentang arus dalam Pakatan Rakyat.
Adalah baik kalau beliau berterus terang dan tidak membuat tindakan
sedemikian yang menunjukkan akan kelemahan beliau sebagai seorang ahli
politik.
Sekiranya Abdul Hadi tiada idea untuk menyelesaikan kemelut di Selangor
lebih baik beliau mendiamkan diri daripada bercakap menyakitkan hati
orang lain. Tanpa disedari cadangan Abdul Hadi itu juga mengesahkan akan
agenda kedatangannya ke rumah Abdul Khalid bersama Mustafa Ali pada
bulan Ramadhan lalu.
Apabila ada tuduhan mengatakan kunjungan malam Abdul
Hadi dan Mustafa itu sebagai untuk mengajak Khalid menyertai Pas,
dinafikan oleh mereka berdua. Mustafa telah membuat penjelasan terbuka
bahawa kunjungan itu adalah kunjungan biasa sahaja.
Kata Mustafa, kunjungan itu sebagai hendak memenuhi kehendaki Khalid
yang ingin bertemu dengan Abdul Hadi kerana Abdul Hadi ketika itu tidak
berapa sihat. Tanpa menyedari bahawa cara pertemuan itu bersalah adat
dimana sepatutnya Khalid ke rumah Hadi bukan sebaliknya, menjelaskan
jawaban Mustafa itu tidak jujur dan benar.
Cadangan tidak profesional Abdul Hadi itu turut mendedahkan niat busuk
parti agama itu sebelum ini khasnya oleh Abdul Hadi yang memberi jaminan
kepada Khalid agar kekal sebagai MB Selangor. Tindakan Abdul Hadi itu
tidak berbangkit kalau ia dibuat secara berterus terang dan berani
bukannya klu klik.
Dan apabila semalam beliau mengemukakan cadangan agar Khalid kekal
sebagai MB menjelaskan apa yang ada di sebalik tabir yang cuba
dinafikan. Benarlah kata orang bangkai apa lagi kalau bangkai manusia ia
tidak boleh ditusuk dan selindung kerana bau busuknya akan meruap ke
segenap penjuru.
Tindakan atau pun ulasan berententan dilakukan Abdul Hadi itu mudah
untuk disimpulkan apa yang ada dalam kepala presiden parti agam itu
kini. Bahawa baginya persepakatan Pas dengan PKR dan DAP selagi beliau
menjadi ketua Pas tidak akan berjalan lendik lagi.
Apakah teka teki mengenai hubungan Pas dengan PKR dan DAP ini akan
terjawab pada muktamar Pas ke 60 yang akan diadakan di Batu Pahat kelak.
Saya akan ulas hal ini dalam catatan lain.
1 comment:
Apalah tongong sangat awak ni? Kes dah tutup masih juga awak nak cungkil macam mencari tahi kucing. Belajarlah jadi bijak sedikit kalau nak keluarkan kenyataan.
Post a Comment