MALAYSIAKINI
Tan Sri Khalid Ibrahim enggan memberikan komen berhubung kenyataan
pemimpin PKR sendiri yang mendakwa terdapat persetujuan menggantikan
beliau sebagai menteri besar Selangor.
"Saya dan exco saya tiada masa untuk berbincang perkara ini," katanya dalam sidang media di bangunan kerajaan negeri hari ini.
Khalid
menjawab soalan pemberita mengenai dakwaan Ketua AMK Shamsul Iskandar
Md Akin semalam bahawa pemimpin Pakatan Rakyat sudahpun mencapai
persetujuan agar untuk menggantikan kedudukan beliau sebagai menteri
besar.
Shamsul Iskandar yang juga anggota parlimen Bukit Katil dalam satu
kenyataan menyebut pertukaran itu turut dipersetujui "majoriti pimpinan
PAS".
Sementara itu ADUN Pelabuhan Klang itu turut enggan mengulas insiden
kekecohan yang berlaku ketika pemilihan semula PKR di Selangor minggu
lalu.
Bagaimanapun, Khalid secara berseloroh berkata pemilihan tersebut bakal berakhir tidak lama lagi.
"Pemilihan (berakhir) tak lama lagi. Tamat 28 haribulan ini kan? Lepas
itu kita puasa. Selepas itu bolehlah berbaik dan kita sambut hari raya,"
katanya yang mengundang gelak ketawa wartawan yang hadir.
No comments:
Post a Comment