Akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia mencabar MCA dan GERAKAN untuk
menebus kembali maruahnya dengan menarik sokongan masyarakat Cina
selepas wakil parti tersebut kini menyertai Kabinet.
Tulisan pojok pengarang dalam edisi hujung minggu akhbar Utusan Malaysia itu menyebut, kedua-dua perti berkenaan perlu merebut semula sokongan yang beralih kepada DAP dan tidak mengharapkan sokongan pengundi Melayu semata-mata.
"Itulah ujian dalam menentukan kekuatan sebenar mereka. Persoalannya, mampukah MCA dan GERAKAN ketika majoriti kaum Cina belum menampakkan petunjuk untuk beralih menyokong BN?," tulisan itu dipetik.
Ia turut menyatakan bahawa GERAKAN mendapat semangat baru apabila berjaya menempa kejayaan melalui pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, namun MCA dilihat masih menunjukkan prestasi hambar.
"Maka menjadi harapan dengan kembalinnya MCA dan GERAKAN, akan memberi dorongan kepada kedua-dua parti itu untuk menarik sokongan kaum Cina yang terikut rentak percaturan DAP pada 2013.
"MCA khususnya tentu punya maruah bagi menebus malu yang terpalit hingga hari ini," tulisnya, seperti disiarkan dalam ruangan Bisik-Bisk Awang Selamat.
Tulisan itu turut menyokong langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengembalikan wakil MCA dan GERAKAN ke dalam Kabinet.
Najib pada minggu ini mengumumkan presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai menteri pengangkutan manakala Datuk Mah Siew Keong sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

No comments:
Post a Comment