Kita
nak tanya- bila Jamil Khir Baharum, menteri yang bertanggung jawab
mengenai agama Islam mengistiharkan negara ini negara Islam, adakah ini
keputusan kabinet? Atau ini kenyataan untuk menyukakan hati kaum Melayu?
Jika ianya keputusan kabinet, maka bagaimana reaksi pimpinan MCA,
Gerakan dan pimpinan parti komponen BN yang bukan Islam? Kita tahu MCA
tidak ada lagi missi perjuangan selain berleter untuk mendapatkan
jawatan dalam kabinet. demikian juga parti2 lain.
UMNO dan Hudud.
Kenapa tiba2 UMNO beria-ia memperjuangkan hudud? Parti ini tidak pernah dikenali sebagai parti politik yang memperjuangkan cita2 Islam. Bahagian itu dimiliki oleh PAS. PAS pun bersikap berhati2 apabila mahu melaksanakan hudud. Pembentangan private members bill mengenai perlaksanaan hudud oleh PAS di parlimen suatu ketika baru2 ini ditunda dahulu. Walaupun hudud itu hanya untuk negeri Kelantan.

Kerana
PAS sedar bahawa walaupun ianya dilaksanakan di Kelantan, implikasi nya akan
menyeluruh.
Tapi
UMNO
lebih kuah dari camca. Sampai melimpah kesungguhan dan keterujaan nya
untuk membentangkan hudud. Wakil rakyat UMNO yang ek dan gah mahu
membentangkan hudud di DUN Selangor pada saat akhir menanrik balik
hasrat nya. nyatalah kepada wakil UMNO, DUN hanya seperti pasar malam.
Kepada UMNO, pemikiran disebalik hudud iti bukan seperti pemikiran PAS. Motivasi PAS ialah mendepankan prinsip agama. Kepada UMNO ianya suatu mainan politik dan hudud adalah suatu instrument untuk menyelamatkan dan mengekalkan kedudukan UMNO. Kita semua tahu UMNO didirikan atas semangat nasionalisme Melayu.

Dan
dalam bulan2 mutakhhir ini, nasionalisme UMNO ialah nasionalisme puak ekstremis
kanan. Agama dan mempertahankan institsui Raja Melayu adalah dua bidang dimana
puak pelampau kanan UMNO menunjukkan taring mereka. Sedangkan dua perkara ini
tidak lansung berada dalam ancaman.
Maka,
hudud merupakan peluang politik yang terbaik untuk mengembali-kukuhkan(
reassert) imej UMNO sebagai menjuarai bangsa
Melayu. Hudud sebagai sebahagian agama Islam tentulah disokong oleh semua
bangsa Melayu. Jika UMNO boleh menunjukkan dirinya lebih dari PAS dalam memperjuangkan
hudud ini, maka UMNO akan mendakwa dirinya sebagai satu2 nya parti yang
mendahulukan Melayu.
Hudud
pula tidak disetujui oleh hampir semua orang bukan Islam- India dan Cina. Maka hudud
boleh digunakan sebagai senjata oleh UMNO untuk membahagikan Melayu dengan
bukan Melayu. Bukan Melayu akan dilihat sebagai musuh yang menentang segala nya
Melayu. UMNO akan pergi keserata kampung dan beteriak, orang Melayu dan agama
mereka dalam bahaya sebab golongan bukan Melayu menentang bangsa kita.
Sedangkan
penolakan
hudud oleh bangsa bukan Melayu bukan disebabkan kerana mereka anti
Melayu atau anti raja Melayu. Bahkan penolakan mereka disebabkan oleh
kegagalan institusi
Islam di Malaysia menerapkan pemahaman serata menunjukkan bahawa Islam
itu adil
dari sudut perlaksanaan nya. KIta lihat 'kezamilan' dan kekerasan Islam
dalam kes2 hak penjagaan anak oleh seorang ibu bukan Islam, kes merampas
jenazah seorang bukan Islam, dan kes enggan pulangkan bible. Kesemua
ini memperlihatkan kepada bukan Islam dan orang Isalm juga, betapa
tokoh2 agamawan yang tidakpun dipilih oleh rakyat berlagak macam
diktator menjalankan hukum Islam dari sudut pengertian mereka.
Dan tentangan itu tidak ada kena mengena dengan hudud. Ianya di tentang kerana kebimbangan kaum bukan Melayu akan kemungkinan perlaksanaan tersebut dijadikan alasan untuk menindas bukan Melayu dan bukan agama Islam.

Maka
kepada saya, kepentingan UMNO dalam isiu hudud ini tidak ada kena mengena dengan
prinsip agama Islam. Ianya semua sebagai suatu senjata politik yang membolehkan
UMNO bercakap secara terang terangan mengenai pertembungan antara Melayu dan
musuh Melayu. Hudud ialah bentuk rasism terbaru oleh UMNO.
Keadaan
akan judi juru hara, keadaan masyarakat akan menjadi tegang sebab UMNO sekarang
hanya bercakap dari sudut Melayu dan musuh Melayu.
kepentingan
UMNO dalam memperjuangkan hudud ialah politik semata mata. Perlaksanaan prinsip2
Islam tidak ada dalam kamus UMNO. Apatah lagi, bila Najib bercakap mengenai
hudud, maqasid syar’iyyah- kita tahu itu semua hipokrasi Najib. Saya bukanlah
lah mahu memperkecilkan religiosity
Najib, tapi jika Najib bercakap mengenai apa2 pasal Islam ianya seperti Hugh
Heffner( pemilik majallah Playboy) bercakap mengenai agama kristian.
Agenda
UMNO hanya satu- menggunakan hudud sebagai bentuk rasism yang terbaru. Dengan hudud,
UMNO boleh membahagikan rakyat mengikut pecahan kaum. Oleh kerana kaum Cina dan
India akan menentang hudud kerana sememang nya mereka bukan Islam- maka itu
akan membolehkan UMNO bercakap dari sudut melayu dan bukan melayu dan antara
kita dengan mereka. Kita ialah Melayu dan mereka ialah Cina dan bukan Melayu.
Ianya
akan membolehkan UMNO melihat semua penentangan dari gologan bukan Melayu
sebagai serangan kepada kita. Dan ini akan digunakan oleh UMNO untuk
menjustifikasikan tindakan ekstrim dan ganas.
No comments:
Post a Comment