Malaysiakini memfailkan permohonan supaya pesuruhjaya kehakiman Datuk Kamaluddin Md Said menarik diri daripada pendengaran saman Datuk Seri Najib Razak dan Umno terhadap portal itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Permohonan itu difailkan pada Selasa lalu. Pengurusan kes ditetapkan pada 8 Julai.
Mkini Dotcom, pengendali Malaysiakini, bersama Ketua Pengarang Kumpulan Steven Gan dan Ketua Pengarang Fathi Aris Omar, mahukan kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi dan bukan pesuruhjaya kehakiman.
Permohonan juga dibuat supaya prosiding semasa ditangguhkan sehingga permohonan itu didengar.
Defendan berkata, terdapat kebimbangan bahawa pesuruhjaya kehakiman tidak mendapat ketentuan tenure dalam tempoh perkhidmatan mereka kerana kedudukan mereka sebagai hakim Mahkamah Tinggi belum disahkan.
“Menurut Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan, seorang hakim Mahkamah Tinggi akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat perdana menteri.
“Pelantikan yang arif sebagai seorang hakim dalam tempoh sebelum pilihan raya umum akan datang akan bergantung kepada plaintif kedua merestui pelantikan tersebut,” menurut notis permohonan itu.
Gan (kanan) dalam afidavit sokongannya berkata kebebasan badan kehakiman satu prinsip perlembagaan.
“Kebebasan badan kehakiman merupakan prasyarat terhadap kedaulatan undang-undang dan jaminan asas perbicaraan yang adil,” katanya.
Najib dan Abdul Rauf memfailkan sama awal bulan ini, ekoran komen pembaca Malaysiakini di ruangan “Yoursay” bulan lalu berkaitan krisis politik di Terengganu pada masa itu.
No comments:
Post a Comment