Sunday, April 13, 2014
40 Pembeli Rumah Ditipu Sistem Perbankan Islam
Syafiq Yaacob
KUALA LUMPUR - Seramai 40 orang pembeli rumah hari ini tampil membuat laporan polis bagi mendedahkan penipuan dari pihak pemaju yang berkomplot bersama pihak perbankan Islam yang meluluskan pinjaman perumahan mereka.
Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied berkata, tindakan pihak bank amat memalukan kerana bank-bank yang terlibat adalah dari sistem perbankan Islam dan bukan sistem perbankan konvesional.
"Pihak perbankan Islam yang terlibat dalam kes rumah yang terbengkalai ini hanya mengeluarkan kira-kira 10 hingga 70 peratus, tetapi apa yang mereka tuntut sehingga RM300,000.
"Bukan salah mereka (mangsa) rumah tersebut terbengkalai, tetapi kenapa pihak perbankan Islam sanggup mengugut untuk status bankrap, dan yang pelik tuntutan tidak masuk akal ini hanya melibatkan perbankan Islam dan Islam tidak pernah mengajar untuk berlaku zalim," katanya selepas menemani mangsa-mangsa penipuan tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Jelas Sheikh Kareem, perkara seperti ini perlu ditangani ekoran perkara seumpama ini terus berlaku sungguhpun terdapat undang-undang yang melarang perkara seumpama ini terjadi.
Katanya, tindakan pegawai dan pengurus bank di dalam penyelewengan ini mencemarkan nama Islam berikutan perkara seumpama ini ditegah dalam agama.
"Datuk Daud Patel dalam satu hujah penghakiman yang paling popular telah mengatakan, terdapat hukum di dalam sistem perbankan Islam yang melarang keuntungan diambil untuk benda yang tidak wujud.
"Masalah ini adalah masalah perbankan Islam, sistem perbankan konvensional hanya menuntut nilai yang telah dibayar kepada pemaju tetapi sistem perbankan menuntut nilai yang dicampur dengan keuntungan," ujarnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam
Dah banyak kes begini. Saya doakan s33246963 810emoga perjuangan tuan-tuan menentang penipuan dan penindasan bank islam ini dibantu oleh Allah swt.
Post a Comment