Oleh : AFIX REDZUAN
SHAH ALAM : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Iskandar Abdul Samad menyerahkan sumbangan bantuan kepada waris pelajar yang terpaksa membayar yuran persekolahan dengan menggunakan duit syiling sebanyak RM64.00 bertempat di Taman Dagang, Ampang.
Iskandar melalui laman sosial Facebook memaklumkan, bantuan diserahkan kepada ‘Pak Long’ dan ‘Mak Long’ yang juga datuk dan nenek pelajar berkenaan.
Katanya, sebelum ini pihak DUN pernah menziarahi keluarga berkenaan sebanyak dua kali selain menghulur bantuan sumbangan.
“Mereka juga pernah menerima bantuan seperti Jom Shopping, bantuan Hari Raya dan membeli kasut sekolah, baru-baru ini,” katanya menerusi laman Facebook miliknya.
Selain itu, Iskandar turut memaklumkan perkara itu akan diketengahkan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk permohonan bantuan yang sesuai.
Kisah menyayat hati pelajar Sekolah Agama Integrasi Ar-Rahmaniah Taman Dagang mendapat perhatian pengguna laman sosial Facebook sejak semalam.
Menurut paparan di laman sosial, datuk pelajar berkenaan membawa punjut syiling yang bernilai RM64.00 untuk membayar yuran persekolahan.
Namun, jumlah berkenaan tidak mencukupi untuk membayar jumlah yuran berkenaan dan atas inisiatif guru, mereka menambah wang untuk melengkapkan jumlah yuran.
Ibu pelajar berkenaan meninggal dunia sejak umurnya sebulan sementara bapa dipenjara kerana masalah dadah, manakala neneknya masih bekerja sebagai pembantu kebersihan dan akan tamat kontrak pada bulan Jun ini sementara datuknya sudah tidak berdaya hanya menerima bantuan PERKESO RM350.-NFN-

No comments:
Post a Comment