MUHAMAD SIDEK
Sebaik membaca tajuk berita “Harga kereta bakal turun lagi” dalam
sebuah akhbar pro Umno beberapa hari lalu. Saya tersenyum sinis
sendirian. Yang pertama, sejak bila pula harga kereta turun selepas
PRU13 lalu – apabila disebut bakal turun lagi! Memang Umno-BN tidak
pernah turunkan harga kereta pun. Sepatutnya tajuk berita tersebut hanya
berbunyi “Harga kereta bakal turun”.
Keduanya, saya berpendapat
tiada apa yang menarik daripada pengumuman tersebut. Harga kereta CBU
hybrid bakal naik. Dan kerajaan tidak bersedia mengurangkan duti eksais –
dan ini bermakna tiada penurunan harga! Yang disebut akan turun secara
berperingkat pada 2018 nanti – boleh percaya ke?
Pada masa yang
sama tiada satupun pelan yang kukuh dibentangkan bagaimana harga kereta
boleh dikurangkan. Sekadar mengadakan sidang akhbar memberitahu harga
kereta akan turun beberapa tahun lagi – tanpa pelan yang munasabah –
hanyalah retorik untuk menyejukkan kemarahan rakyat ketika kos sara
hidup meningkat dengan drastik.
Kerajaan juga tidak menyediakan
pelan untuk membantu para peniaga kereta terpakai dan pembeli yang sedia
ada. Sepatutnya, jika harga kereta akan diturunkan 2 – 3 tahun akan
datang, kerajaan wajar menyediakan pelan kepada peniaga kereta terpakai
seperti merendahkan kadar faedah pinjaman kereta terpakai kepada kurang
dari 1 peratus mulai sekarang.
Bagi pembeli sekarang dan sebelum
penurunan, mereka di beri peluang untuk refinance serta kadar faedah
yang rendah supaya semua pihak dapat manfaatnya. Jika tidak, dalam
tempoh 2 – 3 akan datang industri automotif mungkin akan terjejas kerana
sudah pasti rakyat akan menangguhkan pembelian sehingga baru yang lebih
rendah.
Walau bagaimanapun, pengumuman ini tidak memberi apa-apa
manfaat langsung kepada rakyat dalam tempoh terdekat kerana yang rakya
mahukan ialah realiti bukan fantasi.
No comments:
Post a Comment