Oleh : NAEEM RAFFI
SHAH ALAM: Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tampil dengan beberapa idea baru kepada kerajaan negeri untuk diperhalusi dalam memastikan warga emas yang berdaftar di bawahnya menikmati manfaat program ketika hidup dan selepas mereka meninggal dunia.
Ketua Pegawai Operasinya, Kamsani Nasir, berkata sebelum ini ahli hanya menerima sumbangan (khairat kematian) selepas mereka meninggal dunia melalui dua fasa iaitu RM1,000 pada fasa pertama dan bakinya RM1,500 pada fasa kedua iaitu 60 hari selepas kematian.
“Berbeza dengan cadangan baru ini, warga emas berdaftar akan menikmati nilai sumbangan yang sama ketika mereka masih hidup dan selepas meninggal dunia,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, baru-baru ini.
Kamsani berkata, cadangan terbabit dilihat lebih berimbang selain membuka ruang untuk warga emas menikmati hasil negeri ketika hidup.
Katanya, beliau percaya lebih ramai warga emas akan tampil mendaftarkan diri mereka dengan manfaat berimbang berkenaan.
“Ini adalah usaha penyusunan semula bagi memperkemas operasi. Matlamat kita tetap sama dan tidak pernah berubah iaitu menghargai peranan dan jasa warga emas.
“Selepas ini, kami akan membincangan cadangan ini lebih mendalam lagi dengan Exco Kebajikan, Rodziah Ismail untuk mendapatkan cadangan yang lebih murni sebelum diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diperhalusi,” katanya.-NFN-

No comments:
Post a Comment