Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) perlu mendapatkan pengesahan dari
Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung status Bible berbahasa Melayu
yang dirampasnya daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) sebelum ini.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, KDN bertanggungjawab memastikan sama ada Bible itu selari dengan penyelesaian 10 perkara.
Penyelesaian kabinet itu antaranya membenarkan pengimportan, penggunaan dan percetakan Bible dalam bahasa kebangsaan.
Khalid berkata, Selangor mempunyai Enakmen Kawalan Pengembangan Ugama Bukan Islam 1988 yang menghalang penggunaan nama Allah dalam penulisan, penerbitan, pengucapan awam dan kenyataan.
"Sekiranya KDN berpuas hati penerbitan kitab-kitab ini memenuhi Penyelesaian 10 Perkara, kerajaan negeri akan mengarahkan JAIS untuk memulangkan semula kitab-kitab tersebut kepada BSM," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat exco Selangor yang amat panjang hari ini, selama kira-kira 8 jam.

No comments:
Post a Comment