AMAT malang sekali bila negara ini memiliki seorang tok peti yang hanya
memikirkan perut sendiri dan anak beranaknya. Sebab itu jangan pelik
jika Brunei melangkah jauh ke hadapan meninggalkan kita di dalam
melaksanakan Syariat Islam secara beransur-ansur walaupun negara itu
merupakan negara terkaya, pemimpin dan rakyatnya hidup senang lenang.
Brunei negara kaya, pemimpinnya terkaya di dunia dan rakyatnya tidak
merempat tetapi mereka cinta kepada hukum Allah. Negara kita, pemimpin
memang kaya anak beranak. Rakyat bagaimana? Di dalam keadaan rakyat
meminta sedekah setahun sekali menadah tangan minta BR1M, kita masih
lupa kepada Maha Pencipta. Jika kita yang bangsat peminta sedekah dan
sabsidi ini pun sudah lupa kepada Allah, malahan menentang golongan yang
ingin memperjuangkan agama Allah, apatah lagi pemimpin yang kaya raya
di atas sana.
Kita bukan Brunei. Harga minyak kita pun jauh berbeza dari Brunei.
Brunei cuma ada minyak dan balak tetapi negara itu penuh keberkatan. Di
bumi kita apa yang kurang? Di atas bumi, di bawah laut, di dalam tanah
semuanya ada harta kekayaan yang Allah kurniakan. Tetapi siapa yang
membolot semua ini? Sudahlah bolot hak milik Allah, rakyat ditipunya
dan mereka menentang pula hukum Allah. Rakyat pula sanggup
diperbodohkan dulu, kini dan selamanya.
Apa tok peti buat di negara kita? Bukan semua tok peti kemaruk mengampu
seperti itu. Cuma ada seekor dua saja yang sejak dulu tidak pernah
kenyang mentekedarah. Terbaru, tok peti yang kelaparan ini menyalak
lagi dengan 'fatwa' yang cukup bodoh, lucu tetapi amat merbahaya.
Beliau menggelar rakyat yang membayar cukai tanpa senjata tanpa
sembunyi-sembunyi dan turun aman berhimpun di Dataran Merdeka hanya
untuk membantah kenaikan harga barang, tok peti ini cop sebagai 'Bughah'
(penderhaka) yang darah mereka 'halal'.
Apakah tujuan tok peti ini sebut 'darah halal'? Bukankah itu bermakna
tok peti ini mahu rakyat yang berhimpun di Dataran Merdeka itu dibuat
sesuatu oleh kerajaan ke atas mereka tanpa perlu rasa takut dosa kerana
'darah' mereka 'halal'?
Alangkah jahat dan buruk perangai tok peti ini. Tanpa nas dan dalil,
tanpa hujah yang berlandaskan kebenaran melainkan bersumberkan kitab
muktabarnya iaitu TV3 suku dan Utusan meloya, tok peti ini sanggup
membiarkan kepalanya yang berkopiah itu tumbuh tanduk.
No comments:
Post a Comment