KEADILAN DAILY
PUTRAJAYA: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kesal dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) yang menyatakan rungutan rakyat di media sosial bukan aduan rasmi kenaikan harga barang.
“Menteri kata tiada aduan sebelum ini, sedangkan ada banyak rungutan melalui Facebook dan twitter.
“Facebook dan twitter tidak dianggap rasmi di peringkat Kementerian. Walhal, sudah puluhan ribu keluhan rakyat di laman sosial.
“Jadi AMK ambil peranan untuk panjangkan hasrat dan rintihan rakyat ke peringkat kementerian,” kata Naib Ketua AMK, Nazree Yunos kepada Keadilandaily.
AMK hari ini menyerahkan memorandum bagi membantah secara rasmi siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan ke KPDNKK.
Memorandum diterima Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Basaruddin Sadali di Anjung Bistari, Menara KPDNKK Putrajaya.
Tegas Nazri, sebagai kelompok muda yang paling terkesan dengan kenaikan harga barangan, AMK hadir bagi menyatakan bantahan secara rasmi bahawa aduan dari badan atau perwakilan orang ramai bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup.
“Kita harap selepas ini tiada respon daripada Menteri yang menyatakan tidak ada aduan,” katanya.
No comments:
Post a Comment