KUANTAN - Seorang wanita cedera di tapak kaki kiri dipercayai ditembak
dengan senjata api di rumahnya di Sungai Ular, Balok dekat sini awal
pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah malam semasa mangsa yang berumur 37 tahun sedang nyenyak tidur bersama anak lelakinya berusia sembilan tahun manakala tiga lagi anaknya tidur di bilik berasingan.
Katanya mangsa yang hamil empat bulan dan bekerja sebagai tukang cuci itu hanya tersedar daripada tidur selepas berasa sakit di tapak kaki kirinya.
"Mangsa yang mendapati kakinya berdarah itu segera menghubungi suaminya berusia 47 tahun yang bekerja sendiri dan kebetulan tiada di rumah semasa kejadian untuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
"Susulan rawatan kira-kira jam 2 pagi semalam, pegawai perubatan mengesahkan tapak kaki mangsa cedera akibat ditembak dengan senjata api. Mangsa hanya membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata polis bergegas ke rumah mangsa pagi tadi dan siasatan awal mendapati percikan serbuk belerang timah dipercayai kesan tembakan itu juga ditemui.
"Selain itu satu lubang dipercayai bekas tembakan turut ditemui menembusi dinding papan bawah tingkap di bilik mangsa," katanya.
Kata Aziz polis masih lagi menyiasat motif kejadian terbabit sama ada cubaan membunuh atau menyamun mangsa.
"Mangsa kini dalam keadaan stabil namun masih trauma dengan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,' katanya.
Sementara itu adik lelaki mangsa berkata kakaknya berada dalam keadaan stabil dan kini masih dirawat di HTAA. - Bernama

No comments:
Post a Comment