Teresa Kok
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didakwa mengamalkan 'double standard' berhubung penyebaran artikel "Cina Pun Mahu Duit Zakat-Teresa Kok' pada awal Ogos lalu.
Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa, kes pasangan Alvivi yang mencetuskan kontroversi telah diambil tindakan segera namun, SKMM tidak melakukan hal sama kepada blogger yang menyebarkan artikel fitnah ke atasnya.
“Penulis artikel itu menyebarkan pembohongan dan kenyataan yang mendatangkan kebencian kaum.
“Artikel itu muncul dalam beberapa laman web yang berkempen untuk BN sewaktu PRK Kuala Besut,” katanya ketika berhujah dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam jawapan bertulis berkata, artikel fitnah itu lebih menjurus kepada tindakan sivil.
"Pihak kementerian dan SKMM berpandangan bahawa kes ini merupakan serangan peribadi yang melibatkan dua pihak.
"Kes sebegini lebih menjurus kepada tindakan sivil di mana pihak yang difitnah perlu tampil membuat tuntutan terhadap pelaku tersebut," katanya.
No comments:
Post a Comment