MSTAR ONLINE
PUTRAJAYA: Pusat asuhan yang terbabit dalam kes
kematian seorang bayi lelaki di Presint 9, di sini Selasa, berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan permitnya sah sehingga Jun
2016.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata bagaimanapun siasatan mendapati jumlah pengasuh di pusat asuhan itu tidak mencukupi berbanding jumlah anak jagaan mereka.
"Kes ini masih dalam siasatan polis, namun pada masa yang sama taska itu masih dibenar beroperasi seperti biasa," katanya kepada pemberita, di sini Rabu.
Beliau ditemui selepas melawat pasangan Ismail Ramli, 28, dan Zurinawati Ismail, 26, ibu bapa kepada Mohd Danish Rayqal, bayi berusia lima bulan yang ditemui tidak sedarkan diri oleh pengasuh di pusat asuhan itu pukul 3 petang Selasa.
Bayi itu kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Mengulas lanjut, Azizah berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan seterusnya. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment