Wednesday, September 25, 2013

Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri : Kos RM2.88 Juta. Sumbangan Ikhlas Pembayar Cukai!


Rumah Terbuka Raya PM


Apa yang boleh Berita Semasa simpulkan di sini, inilah antara lapangan perniagaan yang menguntungkan tahun ini. Persiapan untuk tempoh seminggu terutamanya mampu menjana pulangan sekitar RM3 juta.

Kos hanya Kuzie Katering yang lebih mengetahui. Tetapi……mendapatkan kontrak lumayan daripada kerajaan menjadi impian rakyat Malaysia yang bertungkus lumus memasang kabel “bervoltan tinggi” dengan VVIP (SEPERTI KELOMPOK ELIT DI SINI), sesiapa yang pernah ada pengalaman pasti mengetahui pulangan yang mampu diperolehi daripadanya.

Hakikatnya…..sebenarnya, kos sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2013 ditampung oleh rakyat Malaysia terutamanya golongan pembayar cukai di Malaysia (tidak kira golongan kaya mahupun pertengahan).

Dengan kos RM36 boleh Berita Semasa agak mahal. Menunya? Adakah Chicken Chop? Sup sirip ikan yu? Kambing golek? Lobster, Daging Wagyu? Sedangkan realitinya ia sama seperti :
  • Anda sendiri yang membayar sambutan Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri 2013
  • Anda sendiri dijemput hadir memeriahkan. Serupa anda pergi ke restoran sebenarnya.
  • Itu sebab jikalau mana-mana yang anda lihat membuat bungkusan untuk dibawa balik, bagi Berita Semasa adalah golongan yang bijak pandai mengambil kesempatan. Ini kerana itu hak mereka.
  • Akhirnya siapa yang mendapat nama?

Kos Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri RM2.88 Juta

Kuzie CateringRM2.88 juta – ini kosnya bagi menjamu 80,000 tetamu yang melawat kediaman perdana menteri semasa sambutan rumah terbuka hari raya Aidilfitri, Parlimen diberitahu hari ini.
Dalam jawapan bertulis, menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim juga mendedahkan, katerer Kuzie Catering telah menyediakan makanan untuk tetamu dengan kos RM36 seorang.
Anggota Parlimen Seremban Anthoney Loke yang bertanya soalan itu kemudian berkata beliau tidak dapat memberikan komen yang adil kerana tidak tahu sama ada jumlah itu berbaloi atau tidak.
“Bagaimanapun, saya mahu umumkan angka yang saya peroleh ini, jadi rakyat, terutama yang berkunjung ke rumah perdana menteri dan isterinya, sebelum makan, mereka tahu sama ada RM36 itu berbaloi atau tidak,” katanya.
Membandingkan perkara itu, setiausaha akhbar kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitter menulis, negeri itu hanya membelanjakan RM13.30 seorang untuk sambutan sama.
Ia bersamaan RM400,000 untuk 20,000 tetamu. [Sumber : Bernama]
Siapalah agaknya mendapat laba disebalik atas nama komisen 5% bernilai RM144,000 disebalik kejayaan Kuzie Katering memperolehi tender ini?

Rakyat Malaysia selalu diingatkan supaya berjimat cermat dan jangan boros ketika berbelanja. Tetapi biarkan “kepimpinan melalui teladan”. Pemimpin sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan mengawal nafsu membelanjakan duit rakyat dikala keadaan ekonomi negara ketika tidak menentu. Siapa di sini yang ada menghadiri sambutan Hari Raya Rumah Perdana Menteri? 

Apa respon balas anda pula?

No comments: