Wednesday, September 25, 2013

Pulau Pinang menunjukkan aplikasi ‘good governance’

BULETIN ONLINE
 
 
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memuji kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yag telah menunjukkan ‘aplikasi good goverance’ dan menjalankan corak pentadbiran berdasarkan tatakelola kerajaan yg baik.

Ketua Penerangannya Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, dengan memberikan ‘hak’ perutukan Adun kepada semua yang berhak menunjukkan negeri yang diterjaui oleh DAP itu melaksanakan prinsip adil dan seimbang.

Ust Riduan - Copy

“ini adalah kaedah yang baik untuk menunjukkan bahawa semua anggota ‘legislative’ mempunyai peranan yang sama untuk (dalam) membantu rakyat tanpa mengira latar belakang ideologo politik,

“selama ini DAP dimomokkan sebagai parti yang rasis dan ‘ethnocentric’ (perkauman) juga anti Islam dan anti Melayu, namun dengan agihan yag adil pada seluruh Adun, ianya mampu menangkis tuduhan ataupun ‘bogey’ yang cuba di cipta oleh media pro BN,”ujarnya.

Oleh itu, DPPM menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang mengharmonikan kekeruhan politik.

Menurut Ustaz Riduan, politik ‘komunal’ begitu sekali menyelimuti politik negara ini selama ini, akibat acuan yang salah oleh parti yag berkuasa Umno dan Barisan Nasioal (BN), setelah lebih separuh abad.

“DPPM menyokong juga usaha merapatkan jurang perkauman yang ada di Pulau Pinang kerana agihan bantuan yang ada adalah salah satu manifestasi usaha untuk meredakan tembok perkauman yang dibina oleh parti-parti komponen BN selama ini,”jelasnya

No comments: