Oleh Mohd Arif Juhani
KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu membentangkan belanjawan
negara secara jujur dan berani tanpa berselindung dengan unjuran ekonomi
yang kerap tersasar hingga memerlukan pembentangan Usul Perbekalan
Tambahan setiap tahun.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sejak 1998,
sudah 16 tahun Malaysia mengalami belanjawan defisit walaupun sebelum
itu, pengurusan kewangan negara cukup sihat dengan belanjawan lebihan
yang membanggakan.
“Sikap
berselindung kerajaan terhadap belanjawan akhirnya melahirkan
‘Belanjawan Tidak Jujur’,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen,
hari ini.
Ujar Naib Presiden KEADILAN itu, Pakatan Rakyat memandang penuh
prihatin terhadap pembentangan Usul Perbekalan Tambahan ke atas
perbelanjaan operasi bernilai RM15.014 bilion meliputi dua perkara iaitu
RM14.13 bilion untuk perbelanjaan bekalan dan RM888.46 juta lagi untuk
perbelanjaan tanggungan.
“Usul Perbekalan Tambahan ini sebenarnya memberikan tamparan hebat
kepada ikrar Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit Malaysia dan ia
akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan perbendaharaan awam
Malaysia dan pemantapan kedudukan fiskal.
“Justeru, kita mesti jujur dan berani mengaku bahawa ketirisan,
rasuah dan salah urus kewangan kerajaan yang bersandarkan dasar ekonomi
yang mengherotkan ekonomi seperti program Pemerkasaan Ekonomi
Bumiputera.
“Hal ini kerana, program ini terbukti memusatkan kekayaan kepada
mereka yang terpilih dan bukan mengagihkan kekayaan kepada mereka yang
terpilih dan bukan kepada yang layak,” katanya.
No comments:
Post a Comment