Berita Semasa fikirkan kenyataan dan
cadangan seperti ini telah pun terhenti dan yang terakhir selepas
keluarnya formula pengiraan Ahmad Maslan yang menjadi bualan ramai
rakyat Malaysia (SEPERTI DI SINI).
Rupa-rupanya sangkaan Berita Semasa
meleset. Ini kerana Datuk Sr Subramaniam yang juga mewakili
kementeriannya dan kapasiti beliau sebagai Menteri Kesihatan berminat
untuk menggunakan formula bagi menangani penyakit diabetes yang
dikatakan sedang melonjak tinggi bilangan pesakitnya. Caranya?
Mudah sahaja….
“Jika mahu kurangkan penghidapkan diabetes. Naik harga gula!!”
Atas nama mahu menaikkan harga gula,
alasan penyakit diabetes digunapakai sekali lagi. Persoalan berapa pula
kenaikan harga gula kali ini?
Jikalau dinaikkan harga gula sekitar 20
sen contohnya, berdasarkan pengalamatan menteri Kesihatan, apabila harga
gula naik bilangan penghidap diabetes dapat dikurangkan. Itu baru harga
gula naik sekitar 20 sen. Jikalau harga gula dinaikkan sebanyak RM2.00
sekaligus. Berapa banyak penghidap diabetes yang dapat Malaysia selamatkan?
Begitukah?
Harga Gula Naik Elak Penyakit Diabetes?
Kali terakhir harga gula naik ketika pembentangan Bajet 2013 sebelum ini, sebanyak 20 sen (KLIK SINI SUMBERNYA). Adakah akan ada satu lagi pengumuman kenaikan harga gula pada pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013 ini?
P/S : Nampaknya, Dr Subramaniam boleh
dimasukkan sekali lagi bersama-sama dalam senarai antara kalangan
menteri seperti Ismail Sabri, Hasan Malek, Ahmad Maslan yang
dikehendaki menjalani ujian IQ.
No comments:
Post a Comment