KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Seputeh,
Teresa Kok menyeru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
menghentikan salah guna kuasa kerajaan terhadap Unit Cawangan Khas Polis
(SB).
Beliau berkata, kakitangan SB harus digunakan untuk
membantu memerangi jenayah agar dapat mengembalikan keamanan negara
daripada jenayah dan keyakinan orang ramai terhadap pihak penguatkuasa
awam bukannya untuk tujuan politik tertentu.
“Saya menyeru Zahid agar berhenti daripada terus menyalahguna polis dan kakitangan SB.
“SB
atau mana-mana sumber polis tidak harus dialihkan kepada tugasan yang
tidak perlu dalam keadaan negara masih dan sedang bergelut dengan
gelombang jenayah membimbangkan sehingga menakutkan rakyat.
“Zahid perlu menjawap mengapa beliau menggunakan SB supaya
terbabit kerja yang tidak ada kena mengena langsung dengan polis?,”
tegasnya dalam kenyataan.
Beliau berkata demikian sebagai sokongan kepada kenyataan
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mempertikaikan penggunaan
polis dan SB dalam kegiatan politik.
Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan turut
mengecam tindakan kerajaan menggunakan SB untuk menyediakan laporan
populariti yang langsung tidak berkaitan dengan tugas keselamatan dan
menjaga keamanan rakyat serta negara.
Teresa menambah, pihak polis dan SB harus bersikap neutral
dalam melaksanakan tugasan bukannya bertindak berat sebelah dengan
menerima tugas mengumpul laporan populariti itu.
“Sudah tentu prestasi dan populariti wakil rakyat tidak boleh menjadi kewajipan dalam tugas SB.
“Amalan mengumpul laporan itu adalah satu daripada
penyalahgunaan peranan mereka dan ianya juga salah guna sumber
kepolisan. -Roketkini.com
No comments:
Post a Comment