Urusan Tanah Sekarang Lebih Cepat Dengan Sistem Aplikasi Atas Talian
Posted in: Berita, Dasar Kerajaan Selangor, Fokus Rakyat, Inisiatif Kerajaan Selangor, Integriti, Kebajikan Rakyat, Kecekapan, Kenyataan Menteri Besar, Kerajaan Selangor, Ketelusan, Maklumbalas Rakyat, Menteri Besar, Pelaburan, Pencapaian & Prinsip Tadbirurus, Pengagihan Adil, Pengurusan Dana Rakyat, Perpaduan, Program Menteri Besar, Tayangan, Terkini
75 views
– March 28, 2013
SHAH ALAM, : Pemeriksaan status tanah oleh awam yang dahulunya mengambil beberapa minggu sekarang boleh dilakukan dalam masa satu hari setelah Selangor berjaya memuatkan semua rekod tanah di dalam sistem atas talian.
Melalui tujuh aplikasi yang dibangunkan kerajaan negeri, perkhidmatan tanah dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, mudah dan pantas dengan berorientasikan “customer-focused services” (fokus kepada perkhidmatan pelanggan).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sistem atas talian (online) memudahkan orang awam untuk berurusan dengan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) bagi menyemak status atau dokumen berkaitan urusan tanah.
Antara tujuh aplikasi tersebut adalah :
SeLIS – satu pangkalan data inventori aset tanah bagi kegunaan Kerajaan Negeri,
e-SPHS – merangkumi cetakan borang, carian rasmi dan carian persendirian di kaunter Hak Milik Strata PTG,
e-Pungutan – untuk memudahkan semakan dan kawalan dokumen yang sedang dalam proses pungutan,
MySMS – memudahkan ornag awam membuat semakan cukai tanah berdasarkan nombor akaun bil,
e-Consent – menguruskan permohonan kebenaran pindah milik, gadaian dan pajakan tanah,
“Tujuan sistem ini diperkenalkan adalah bagi mengurangkan birokrasi dan memudahkan pengguna untuk mengakses maklumat berkaitan tanah selalui aplikasi digital.
“Kerja-kerja yang dahulunya dibuat berminggu-minggu dapat dikurangkan sehingga sehari untuk membolehkan orang awam mendapatkan maklumat mengenai geran atau pemilikan tanah dengan cepat.
“Ini adalah satu usaha ke arah menentukan pentadbiran tanah di negeri Selangor dibuat dengan cepat dan cekap,” katanya selepas merasmikan Sistem Aplikasi @ PTGS di Ruang Legar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini pagi tadi.
Hadir sama, Pengarah PTGS, Datuk Kamarulzaman Jamil, Exco Negeri, Dr Xavier Jayakumar, Rodziah Ismail dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
No comments:
Post a Comment