Raja Ahmad berkata, tindakan pembangkang yang cuba mempolitikkan isu berkenaan jelas hanya untuk kepentingan sendiri.
Menurutnya, dakwaan bahawa kemungkinan Umno Larut bergolak hanya kerana isu tidak hadir sama sekali tidak logik kerana kepimpinan bahagian masing-masing sudah bersedia mempertahankan empat kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
“Saya tidak hadir sebab ada urusan yang telah diatur lebih awal. Itu pun sudah dimaklumkan dan mendapat keizinan menteri besar. Ia hanya lawatan kerja, bukan perjumpaan politik.
“Sebaiknya pembangkang jaga tepi kain sendiri dan jangan cuba melaga-lagakan pemimpin Umno yang sama sekali tidak pernah gentar dengan calon-calon yang mereka (pembangkang) kemukakan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Jawatankuasa Isu dan Strategik Pas Negeri mempersoalkan ketiadaan Adun Kubu Gajah itu berkemungkinan mempunyai kaitan dengan isu kedudukan calon untuk kerusi Barisan Nasional (BN) di Larut.
Ia termasuk kemungkinan Raja Ahmad Zainuddin tidak disenaraikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mengulas lanjut, Raja Ahmad Zainuddin berkata, sudah menjadi amalan, tidak ada sesiapa akan mengetahui siapa calon sebenar sesuatu kerusi sehingga ia diumumkan.
“Jadi tak perlulah pembangkang buat spekulasi mengenai calon BN yang akan bertanding. Tiada sebarang krisis berlaku, malah hubungan saya dengan pemimpin lain juga baik,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment