SHAH ALAM, : Empat bekas Pegawai Tinggi Pasukan Keselamatan akan memberi gambaran jelas berhubung insiden Lahad Datu yang dijadikan Umno-BN untuk menfitnah pemimpin Pakatan Rakyat
Ahad ini, bertempat di Stadium Malawati.
Forum bertajuk ‘Lahad Datu : Rakyat Berhak Tahu’menampilkan tiga bekas pegawai tinggi tentera, Lt. Jen. (B) Datuk Abd Ghafir Abd Hamid dari Angkatan Tentera Malaysia, Brig. Jen. (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab (TUDM) dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid (TLDM).
Selain bekas pegawai tentera, seorang lagi panel ialah ACP (B) Mohd Yousoff Babjee yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas (SB) PDRM Sabah.
Majlis dimulakan dengan solat hajat dan forum akan bermula tepat jam 9 malam.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam pagi tadi, beliau akan bertindak sebagai moderator dalam forum itu nanti.
“Panelis ini juga akan menerangkan kesan dari penglibatan keterlaluan ahli politik dalam isu Lahad Datu dalam forum itu nanti.
“PR hargai pengorbanan pasukan keselamatan yang mengadaikan nyawa mereka demi tanah air, tetapi rakyat harus tahu isu sebenar,” kata Johari.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam sidang media sama memberitahu sebelum forum dijalankan, majlis tersebut akan dimulakan dengan sembahyang maghrib berjemaah dan sembahyang hajat.
“Munajat kita selama ini mula memberi kesan kepada Umno-BN, sebab itu mereka semakin tertekan sehingga tidak nampak tarikh sesuai untuk membubarkan parlimen,” kata Khalid.
Forum yang diadakan pada sebelah malam itu nanti boleh diikuti secara langsung melalui TV Selangor di http://www.selangorku.com/TV Selangor.
Selain TV Selangor, media lain yang juga akan mengadakan siaran langsung, Ehsan TV, Impian TV, Ubah TV, Radia Suara Rakyat FM dan Radio Bangsar Utama.
No comments:
Post a Comment