Saturday, March 30, 2013
Satu terbunuh, satu cedera dalam kemalangan kren projek penyambungan LRT
Menurut Balai Polis Kelana Jaya yang dihubungi oleh The Malaysian Insider, mereka masih lagi mengumpulkan maklumat dan butiran kejadian tersebut yang berlaku pada waktu genting ketika orang ramai bergegas pulang ke rumah sekitar jam 7.30 petang.
Menurut seorang anggota polis yang bertugas, dua kereta hancur selepas tiang tersebut terjatuh.
Laluan lalu lintas telah dialihkan dari kawasan kejadian dan anggota serta pegawai-pegawai masih menyiasat kejadian tersebut.
Kemalangan tersebut juga menyebabkan kesesakan terutama bagi pengguna yang menghala ke arah Lebuhraya Persekutuan.
Kejadian ini adalah yang terbaru selepas Februari lepas sebuah jejambat berhampiran Taman Sains Selangor di Cyberjaya runtuh dan bumbung stadium di Kuala Terengganu runtuh, yang mana merupakan salah satu lagi insiden melibatkan projek awam di dalam negara.
Projek Penyambungan Jajaran (LEP) sistem aliran transit ringan (LRT) merupakan salah satu projek di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dimana ia dibina untuk meningkatkan khidmat pengangkutan awam dan dijangka mula beroperasi pada awal 2015.
LEP merupakan inisiatif kerajaan untuk menyambung laluan LRT sedia ada meliputi laluan Kelana Jaya dan laluan Ampang menjangkaui kawasan perumahan dan komersil yang lebih luas di Lembah Klang.
Laluan Ampang sedang diperluaskan sejauh 17.7km meliputi kawasan termasuk Bandar Kinrara, Puchong dan Putra Heights.
Sementara laluan Kelana Jaya dipanjangkan sejauh 17km meliputi Lembah Subang, Subang Jaya dan USJ.
Kedua-dua laluan bertemu di stesen bersepadu di Putra Heights.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment