MALAYSIA KINI
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan serbuan ke atas pejabat
peguam Alvin Chong yang dikaitkan dalam video terbitan NGO antarabangsa
Global Witness.Laporan Sin Chew Daily menyebut, pegawai SPRM dari Putrajaya menjalankan serbuan ke atas firma guaman tersebut di Kuching pada pagi Selasa lalu.
Pasukan itu bagaimanapun terpaksa mendapatkan bantuan polis Kuching apabila dihalang oleh beberapa orang individu yang tidak dinamakan dalam laporan tersebut.
Ketua polis daerah Kuching Roslan Bek Ahmat memberitahu akhbar berbahasa Cina tersebut bahawa polis hanya membantu SPRM dari segi keselamatan dan tidak terlibat dalam serbuan berkenaan.
Pegawai SPRM yang ditemani seramai 10 orang polis berpakaian preman berjaya memasuki firma Chong pada petangnya untuk menjalankan tugas mereka.
Pasukan itu mengambil masa selama beberapa jam dan meninggalkan pejabat berkenaan bersama beberapa dokumen.
Akhbar berkenaan, yang memetik sumber, melaporkab bahawa Ching tidak kembali ke pejabatnya sejak video berhubung dakwaan rasuah tersebut itu disiarkan pada 19 Mac lalu.
Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali pada hari Rabu lalu memberitahu Malaysiakini bahawa siasatan ke atas kes berkenaan sedang dijalankan.
No comments:
Post a Comment