SINAR HARIAN
SHAH ALAM - Sebanyak lima laporan siasatan awam Jawatankuasa Pilihan
Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor
(Selcat) akan didedahkan kepada umum, kata Pengerusi Selcat Datuk Teng
Chang Kim.
Katanya, laporan itu melibatkan rumusan hasil pendengaran Selcat
mengenai perolehan, penggunaan dan pulangan pinjaman RM90.3 juta oleh
PKPS Agro Industries Sdn Bhd (PAISB) daripada Kementerian Kewangan.
Ia turut melibatkan permohonan pembangunan tanah padang Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor di Kelana Jaya dan Rancangan Tempatan Petaling
Jaya 2 (RTPJ2) dan siasatan ke atas urusniaga perlombongan pasir
Kumpulan Semesta Sdn Bhd.
"Turut didedahkan laporan siasatan mengenai laporan audit dalam Tahun
2010 berhubung pengurusan kewangan Yayasan Selangor dan kejadian banjir
di Hulu Langat dan Klang Selatan," katanya pada sidang akhbar di
pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
Katanya turut akan didedahkan kepada umum ialah penyata Jawatankuasa
Pilihan mengenai Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan serta
laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negeri Selangor berdasarkan
laporan Ketua Audit Negara 2010.
Teng yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor berkata pihaknya
menyasarkan menerbitkan sejumlah 200 salinan untuk setiap laporan dan ia
akan ditempatkan di perpustakaan dan Jabatan Negeri Selangor.- Bernama
No comments:
Post a Comment