Harakahdaily, |
SHAH ALAM:
Pada peringkat awal, penubuhan Tabung Warisan Anak-anak Selangor
(Tawas) dicemuh, namun kini ia dipertikaikan pula kerana ramai yang
tidak mendapat manafaatnya.
Isu ini menjadi pertikaian dalam sidang DUN Selangor hari ini apabila di dibangkitkan oleh Adun MCA dari Sungai Pelek, Yap Ed Wah dalam mesyuarat peringkat jawatankuasa di DUN Selangor.
Beliau mempertikaikan kenapa ramai anak-anak yang lahir di Selangor tidak didaftarkan di bawah skim ini.
Ia berdasarkan laporan audit negara yang mendakwa, seramai lebih 300,000 kanak-kanak lahir di Selangor namun hanya kira-kira 18,000 lebih sahaja yang didaftarkan di bawah Tawas.
Melalui skim Tawas di Selangor, setiap kanak-kanak yang lahir di negeri ini akan diberikan wang RM100 oleh kerajaan negeri dan dimasukkan ke dalam satu tabung.
Tabung ini menjanjikan apabila sampai umur 18 tahun, RM1,500 daripadanya akan dikeluarkan dan diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.
"Kita minta actuaris yang buat kajian. Bila harijadi ke 18, kanak-kanak ini akan dapat RM1,500," kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menjelaskan tabung ini dalam sidang DUN.
Dalam jawapan itu, Khalid juga meminta Adun Sungai Pelek supaya belajar dari pengalaman Amanah Saham Selangor (ASS) yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini yang gagal.
"ASS buat perniagaan dengan melabur dalam pasaran saham. Akibatnya, ASS rugi misalnya harga asalnya RM1, hasilnya tinggal 10 - 20 sen sahaja.
"Tawas lain, kita tidak labur tetapi simpan melalui riserve negeri," kata Khalid yang pernah menubuh dan mengurus Amanah Saham Nasional (ASN) sebelum ini.
Khalid mendedahkan, Tawas tidak mendapat kerjasama yang baik dari badan-badan kerajaan Pusat untuk mendaftar seramai mungkin peserta.
"Kita cuba nak bangunkan Selangor, tetapi kerjasama sangat tidak menggalakkan," katanya.
Khalid membuat penyataan ini ekoran kenyataan Adun Sungai Pelek bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai mekanisma yang baik untuk mendaftarkan peserta Tawas ini.
Khalid juga menjelaskan, Tawas ditawarkan kepada anak-anak yang lahir di Selangor bukan dipaksakan kerana ada yang tidak mahu berdaftar dengannya.
Exco Kesihatan Selangor, Dr Xevier Jayakumar ketika mencelah mendakwa, berdasarkan pengalaman beliau yang menjaga urusan kesihatan, pihak hospital diberikan arahan agar tidak menyimpan borang-borang Tawas di hospital mereka.
Dakwaan ini dibantah oleh Adun Sungai Pelek dan meminta Exco berkenaan mengemukakan bukti bertulis mengenainya.

No comments:
Post a Comment