Pilihan
raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit bagi membentuk
kerajaan Malaysia. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung menjadi
pertempuran hebat oleh kerana dimenangi dengan majoriti tipis dalam
pilihan raya lalu. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.
KUALA LUMPUR — Pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor terletak di kawasan yang didiami oleh persara kerajaan, penjawat awam, peniaga, mahasiswa dan pekerja kilang dimana majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu.
Pilihan raya umum (PRU) 2008 menjadi sejarah apabila buat pertama kalinya parti pembangkang menang di kerusi ini apabila Khalid Abdul Samad (gambar kanan) dari PAS menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti besar 9,314 undi.
Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar sehingga Jun lalu adalah 96,066 orang dimana pengundi Melayu berjumlah lebih kurang 70 peratus, selebihnya adalah Cina, India dan lain-lain.
Terdapat dua kerusi dewan undangan negeri (Dun) iaitu Kota Anggerik dan Batu Tiga dalam kawasan parlimen Shah Alam.
Selepas tewas dalam PRU 2008, Umno dan Barisan Nasional (BN) memulakan gerak langkah bagi manawan semula ibu negeri Selangor, negeri terkaya di Malaysia itu.
PR nampaknya akan mengekalkan penyandang sedia ada, Khalid sebagai calon pada PRU akan datang, manakala BN pula menurut seorang sumber dari Umno Shah Alam, bakal meletakkan anak tempatan, Datuk Ahmad Nawawi Md Zin kerana kedudukannya sebagai ketua bahagian Umno sekaligus pengerusi BN Shah Alam.
Walaupun tidak begitu terkenal di peringkat nasional, Ahmad Nawawi bukanlah nama yang asing di Shah Alam.
Seperti Khalid yang mempunyai keluarga aktif politik iaitu melalui abangnya, Tan Sri Shahrir Samad (ahli parlimen Johor Bharu dari Umno), Ahmad Nawawi juga membesar dalam keluarga yang aktif politik.
Beliau merupakan anak kepada bekas Adun Batu Tiga, Datuk Md Zin Sulaiman yang terkenal di kawasan Shah Alam dan pernah menjadi wakil rakyat selama tiga penggal dari tahun 1982 hingga 1994.
Mad Zin meninggal dunia ketika masih lagi berkhidmat sebagai Adun setahun sebelum PRU 1995.
Kedudukan Ahmad Nawawi sebagai anak tempatan dan ayahnya yang masih diingati oleh penduduk veteran Shah Alam memberikan kelebihan kepada dirinya untuk menjadi pesaing hebat kepada Khalid.
Ahmad Nawawi (gambar kiri) yang ditemui oleh The Malaysian Insider yakin gabungan parti pemerintah itu akan dapat menawan semula kerusi parlimen Shah Alam oleh kerana kekuatan mereka di kerusi kedua-dua kerusi Dun Batu Tiga dan Kota Anggerik.
“Batu Tiga dikategorikan sebagai kawasan putih iaitu diyakini menang oleh BN sementara bagi Kota Anggerik, ianya berstatus putih kelabu dimana ianya dianggap sebagai berpeluang menang tetapi gabungan parti pemerintah tersebut perlu bekerja dengan lebih keras,” katanya.
Bekas Adun Kota Anggerik itu juga menyatakan BN mempunyai KPI dan pecahan peratusan sokongan realistik sebelum yakin menang dan kekalahan pada tahun 2008 salah satu puncanya adalah faktor calon “payung terjun” .
“Kita ada KPI (Key Performance Index) untuk menang di Shah Alam, kita bukan mahukan undi Melayu sebanyak 80 peratus pun, daripada 70 peratus pengundi Melayu disini, kita hanya perlukan 65 peratus menyokong kita, dapat 55 ke 60 peratus pengundi India dan 25 ke 30 peratus pengundi Cina, kita sudah menang selesa dengan majoriti 5000 lebih.
“Dengan sokongan orang Melayu yang majoritinya sudah balik kepada BN berbanding dengan dahulu, kita merasa lebih yakin untuk mengambil alih Shah Alam.
“Pada tahun 2008, diantara punca kekalahan adalah calon BN, Datuk Aziz (Shamsuddin) sudah tidak lagi diterima oleh orang Shah Alam sehingga menyebabkan BN kalah dengan majoriti besar,” katanya.
Bekas Exco Selangor semasa pentadbiran Dr Khir Toyo menjelaskan, pada tahun 2008, tahap sokongan orang-orang Melayu terhadap BN berkurangan sama seperti pilihan raya tahun 1999, akan tetapi BN selamat pada tahun 1999 kerana disokong oleh pengundi Cina dan India.
“Dalam keadaan sekarang ni, bila kita tengok maklumbalas baik dari orang ramai terutamanya Melayu apabila kita turun kelapangan dan ini memberikan kita keyakinan peluang lebih baik.
“Kelab pesara kerajaan pun aktif membantu kita, dulu mana ada orang-orang pencen ni nak bantu kita. Sekarang semua orang datang tawarkan diri mereka kerana risau termasuk juga ahli veteran Umno,” tambah beliau lagi.
Sepanjang pemerintahan PR, pelbagai peristiwa berlaku kawasan parlimen ini termasuk insiden menyentuh sensitiviti agama Hindu apabila segelintir penduduk seksyen 23 Shah Alam berarak sambil membawa kepala Lembu ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang merupakan pusat pentadbiran negeri tersebut.
Perbuatan membawa kepala lembu serta menendang lambang binatang suci bagi penganut agama Hindu itu menimbulkan kemarahan.
Pakatan Rakyat (PR) walaubagaimanapun turut yakin mempertahankan kerusi Melayu bandar itu walaupun terpaksa berlawan dengan asakan kuat daripada Umno dan BN.
Dengan sokongan kuat daripada masyarakat bukan Melayu dan populariti Khalid dikalangan orang Melayu Shah Alam, PR yakin kerusi panas tersebut dapat dipertahankan.
Setiausaha PKR cabang Shah Alam, Alias Awang Ibrahim menjelaskan kerja keras yang dilakukan oleh ahli parlimen dan kedua-dua ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR Yaakob Sapari dan Rodziah Ismail menyukarkan peluang BN untuk merampas kerusi parlimen tersebut.
“Kita ambil contoh apabila bertemu dengan orang-orang di masjid dan surau, rata-ratanya gembira dengan wakil rakyat PR. Menurut mereka, wakil rakyat PR lebih mesra dan mudah didekati.
“Ramai berkata mereka akan pilih PR pada pilihan raya akan datang,” kata Alias kepada The Malaysian Insider.
Kota Anggerik adalah salah satu kerusi yang dianggap selamat bagi PR dan merupakan antara yang ditawarkan oleh Ketua Penerangan PKR Selangor Suhaimi Shafie untuk ditandingi oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Bajet 2013 telah memperuntukkan sejumlah besar wang untuk pusingan kedua BR1M yang dijangkakan akan memberikan kesan besar kepada pengundi dari rakyat kelas bawahan.
Sesiapa pun yang mahu menang di Shah Alam perlu memahami budaya masyarakat setempat yang berbeza daripada kawasan-kawasan lain.
Walaupun terdapat sejumlah besar Melayu elit yang biasanya bersifat lebih liberal, akan tetapi majoritinya seakan-akan bersetuju untuk tidak mempunyai panggung wayang dan tidak membenarkan penjualan minuman keras dikedai-kedai serbaneka dikala terdapat sebuah kilang memproses minuman keras dalam kawasan parlimen ini.

No comments:
Post a Comment