KUALA LUMPUR:
Kira-kira 8,000 epal akan disaji kepada petugas media yang membuat
liputan sepanjang Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC).
Ketua
Pegawai Eksekutif Putrade Property Management Sdn Bhd Datuk Maxson
Abdullah Jaafar berkata epal merah dan hijau itu akan disediakan semasa
minum pagi dan minum petang sebagai satu kelainan berbanding
penganjuran perhimpunan agung sebelum ini.
Menurutnya,
ia juga sebagai satu langkah ke arah menggalakkan gaya hidup sihat di
kalangan petugas media di sebalik kesibukan membuat liputan.
“Kita ambil pendekatan ‘an apple a day keeps the doctor away’. Tapi buah-buahan lain pun ada,” katanya kepada Bernama.
Mengenai
makanan yang akan disaji kepada para perwakilan, tetamu kenamaan dan
petugas media sepanjang lima hari persidangan mulai esok, Maxson
Abdullah berkata ia masih mengekalkan menu seperti tahun lepas kerana
merasakan ia adalah hidangan terbaik.
“Antara
makanan yang akan disajikan ialah gulai tempoyak ikan patin, ayam
kampung, putu piring, apam balik serta ais krim sarang burung,”
katanya.
Beliau
berkata persiapan untuk perhimpunan itu bermula sejak Mei lepas,
melibatkan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan dalam pelbagai
perkhidmatan yang ditawarkan.
Selain itu, beliau berkata pihaknya menjanjikan kebersihan tandas yang terjamin bagi memastikan keselesaan orang ramai.
Maxson
Abdullah berkata surau yang terletak di Aras 3 juga ditambah dengan
pelbagai ciri pembaharuan termasuk permaidani baharu dan tempat
mengambil wuduk lebih selesa.
Jumlah
gerai jualan yang disediakan di Dewan Tun Razak, Aras 3, PWTC, sempena
perhimpunan agung kali ini kekal 219 seperti tahun lepas.
“Kami tak
bercadang untuk buka di bawah atau luar PWTC seperti tahun-tahun
sebelum ini kerana di atas (Aras 3) lebih selesa,” katanya.
Untuk
memastikan kelancaran perhimpunan agung itu, pihak pengurusan PWTC
mengambil 600 pekerja sementara selain 320 pekerja tetap untuk
ditempatkan di di dapur dan bahagian-bahagian lain.
No comments:
Post a Comment