THE MALAYSIAN INSIDER
Hakim Datuk Mariana Yahya yang membuat keputusan itu berkata penangguhan itu dilakukan supaya kes itu dijalankan selepas mendapat keputusan rayuan Lynas di Mahkamah Rayuan, Putrajaya Khamis ini.
Sebelum ini, kes berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk John Louis O’Hara.
Kes itu dipindahkan selepas permohonan SMSL dan dua individu yang terbabit dalam kes saman berkenaan, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow dibenarkan oleh hakim berkenaan.
Bagaimanapun, Lynas menfailkan tuntutan rayuan agar prosiding kes berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Lynas diwakili Tetuan Jeff Leong, manakala SMSL dan dua individu itu diwakili firma guaman Bastian Vendargon. — Bernama
No comments:
Post a Comment