Sebelum ini bagi komuniti di Internet contohnya, kita boleh perhatikan program #TanyaNajib
telah dipromosikan cukup meluas, ada iklannya di mana sahaja
termasuklah menggunakan saluran pengiklanan besar seperti Google Adsense
dan pengiklanan di Youtube termasuklah promosi secara berterusan di
media arus perdana. Akhirnya pada hari yang dinantikan….
Dalam
keadaan kami menonton yang disiarkan secara langsung melalui Google
Hangout di YouTube.di Youtube, secara tiba-tiba video #TanyaNajib telah diletakkan pada status “private”.
Kami
tidak pasti, adakah yang datang menonton video tersebut semata-mata
mahu menekan butang “dislikes” atau mahu menonton sebenarnya. Yang mana
satu?
Video Penuh TanyaNajib di Youtube
Walaubagaimanapun video penuh bagi rakaman semasa sesi TanyaNajib telah pun dimuat naik semula di Youtube yang boleh anda tonton di bawah ini
Sumber : Saluran "Njoi" di Youtube
TanyaNajib : Reaksi Rakyat Malaysia di Twitter
Kami
sempat memerhatikan satu persatu tweet yang dihantar. Kami sempat
merakam beberapa tweet, ada soalan yang serius tetapi sebenarnya banyak
juga yang terkeluar daripada topik asal mengenai Bajet 2013. Terlalu
banyak tweet yang dihantar. Beribu jugalah…..antaranya ialah :
Jikalau
anda diberikan ruang dan peluang, apakah soalan-soalan yang bakal anda
kemukakan kepada Datuk Seri Najib Razak. Tidak kira sebarang is dan
topik, kongsikan soalan-soalan tersebut di sini….
P/S : Kami suka untuk membaca pendapat, luahan dan persoalan anda di sini…
No comments:
Post a Comment