Semalam The Malaysian Insider melaporkan, Musa Hassan (gambar) telah menafikan dakwaan bahawa beliau akan bercakap kepada wartawan di Bangkok tentang kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan merasa hairan dengan spekulasi tentang aktivitinya.
“Saya terperanjat apabila mendengar berita ini. Saya tahu tentang ini pun apabila ada wartawan menghubungi saya. Mana ada, saya masih di sini (Malaysia),” kata Musa kepada The Malaysian Insider.
Acara tersebut bertajuk “Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya” dijadualkan pada pukul 11 pagi waktu Bangkok diadakan selepas enam tahun selepas gadis tersebut diletupkan dengan bahan letupan oleh dua orang anggota pengiring keselamatan Malaysia di Shah Alam.
Kedua-dua anggota polis tersebut telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman akan tetapi kedua-duanya telah merayu hukuman mati yang dijatuhkan.
“Saya tak faham mengapa semenjak dua menjak ni saya sering menjadi sasaran pelbagai spekulasi.
“Saya harap pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini berhenti menganggu saya,” tambah bekas ketua polis yang bersara pada tahun 2010 selepas kontraknya tamat.
Secara kebetulan, kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhkan hukuman mati itu akan didengar rayuannya pada 31 Oktober dan 1 November.
Inspektor Azilah Hadri, 34, dan Koperal Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009, setelah didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam hari berikutnya.
Penganalisis Abdul Razak Baginda, 50 yang turut didakwa bersama kedua-dua anggota UTK itu dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober dengan alasan tiada prima facie terhadapnya.
No comments:
Post a Comment