Sebaliknya menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, jika pun amalan sedemikian wujud, ia hanya berlaku secara kebetulan dan pihaknya mengutamakan karisma seseorang dalam memperjuangkan dasar parti.
Sehubungan itu kata beliau, pemilihan seseorang pemimpin dalam PR adalah mengikut kriteria yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan tanpa mengira pertalian darah.
"Kita lebih memilih kepada kriteria yang sesuai untuk seseorang itu memegang jawatan, bukan disebabkan dia anak orang itu, atau orang ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.
Selain Pas, PR dianggotai DAP dan PKR.
Semalam, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata amalan nepotisme yang mengutamakan ahli keluarga dalam PR tidak perlu dibimbangi kerana setiap anak pemimpin ada hak untuk menceburi bidang politik.
"Setiap anak kepada seseorang pemimpin mempunyai hak untuk bergiat aktif dalam politik. Berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan, setiap orang adalah sama dari sudut undang-undang.
"Anak Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sudah membuktikan kepimpinannya di Pulau Pinang. Jadi saya fikir nepotisme dalam PR tidak perlu dikhuatiri," katanya.
Isu itu menjadi perhatian semula ekoran laporan media tempatan baru-baru ini mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isteri dan anaknya akan dilantik menganggotai Kabinet jika PR membentuk Kerajaan Pusat.
Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, masyarakat boleh menilai sendiri sikap Anwar yang 'cakap tak serupa bikin, apabila mempraktikan amalan yang ditentang sebelum ini.
Mengulas lanjut, Mustafa berkata, perkara ini wujud dalam semua parti tetapi PR tidak menjadikannya amalan.
Tambahnya, "dari dulu lagi perkara seumpama ini telah wujud dalam semua parti, tapi PR tidak menjadikannya amalan."
No comments:
Post a Comment