Oleh itu katanya, dakwaan himpunan dibuat kerana mahu menutup kelebihan Bajet 2013, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 28 September lalu, adalah karut semata-mata.
Menurutnya, himpunan itu merupakan satu ruang demokrasi yang diamalkan dalam negara ini, bagi menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat dalam sistem pilihan raya negara ini.
"Tidak apa yang aneh mengenai himpunan 3 November ini, kalau benar Barisan Nasional (BN) rasa kuat, mengapa perlu bimbang dan keluarkan spekulasi yg mengarut?" katanya kepada Sinar Harian Online.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa pambangkang sengaja mahu mengalih perhatian rakyat yang sedang gembira dengan Bajet 2013 dengan mengadakan himpunan 3 November ini.
Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, niat sebenar untuk mengadakan perhimpunan itu adalah bagi mengalih perhatian rakyat yang berasa senang dengan janji yang dikotakan kerajaan.
"Kalau mereka betul-betul yakin yang rakyat senang dan gembira dengan janji-janji BN, mengapa mesti takut dan tidak yakin hingga sanggup mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal ini?" bidas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Beliau menambah, BN seolah-olah berhadapan dengan ancaman apabila PR mengadakan atau melakukan sesuatu.
"Apa saja yg kami cuba buat, akan diperbesar-besarkan.
"Saya yakin rakyat kini mempunyai dua pilihan sama ada terus yakin dengan BN atau beri peluang kepada kami (PR) bagi menerajui negara," ujarnya.
Ditanya mengenai persiapan perhimpunan yang akan diadakan di Bukit Jalil itu, katanya, pihak penganjur telah membuat permohonan bagi mengadakan himpunan dan berharap agar pihak stadium sudi memberi kerjasama dengan meluluskan permohonan.
"Setakat ini,jentera parti PR di setiap negeri juga telah digerakkan memberi penerangan mengenai himpunan ini,"katanya.
Beliau turut memberi jaminan tiada provokasi berlaku kerana jentera Pas sudah biasa dan berpengalaman dalam mengawal orang ramai dalam sesebuah himpunan besar.
No comments:
Post a Comment