Friday, October 5, 2012

Muhyiddin terlupa Najib pernah minta maaf dengan rakyat Selangor

http://greenboc.blogspot.com,
Muhyiddin: 'Di Selangor, lebih banyak politik dari bekerja'

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat negeri Selangor agar mempunyai kesedaran baru bahawa pentadbiran negeri itu akan lebih baik di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata tempoh pentadbiran selama empat tahun oleh pembangkang di Selangor membuktikan banyak kelemahan ketara yang tidak dapat diselesaikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Sebelum ini Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan BN yang lain pun dah beberapa kali turun ke Selangor.

Jelas terbukti rakyat kecewa dengan apa yang berlaku.

Selangor tak pernah tidak gawat dengan cerita-cerita yang tidak elok.

"Lebih banyak politik dari bekerja, isu air pun dipolitikkan. Rakyat dah muak dan mereka rasa sudah sampai waktunya mungkin bagi peluang balik kepada BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Rakyat di PPR Lembah Subang di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

Muhyiddin berkata, sepanjang lawatannya ke Selangor hari ini, rakyat menunjukkan sambutan yang baik terutamanya daripada golongan belia yang nyata semakin memahami segala dasar dan program yang dijalankan oleh kerajaan BN.

Justeru, beliau melahirkan kepercayaan bahawa rakyat Selangor telah bersedia untuk mengembalikan sokongan kepada BN.

Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa melawat penduduk kurang upaya di PPR Lembah Pantai selain meninjau projek jambatan yang menghubungkan kawasan perumahan itu dengan sekolah berhampiran.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi memperbaiki surau PPR Lembah Subang sebelum menunaikan solat Asar berjemaah dan menikmati jamuan bersama penduduk.- Bernama.

Ulasan GB

Muhyiddin terlupa pada suatu masa yang belum berapa lama, PM sendiri, Najib Tun Razak telah memohon maaf kerpada rakyat Selangor kerana kerajaan BN yang lalu telah banyak melakukan kesilapan.




Kesilapan-kesilapan UMNO BN di Selangor tidak mudah untuk dilupakan malah sehingga sekarang pun UMNO BN terus mahu menipu dan mengkhianati rakyat Selangor dengan melakukan hal-hal yang tidak demokratik serta membelakangkan semangat federalisma.

Politiking berlebihan di Selangor adalah kerana UMNO BNlah yang mencetuskannya apabila beberapa isu yang besar dipolitikkan sedemikian rupa untuk cuba menggugat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor seperti isu-isu air, Langat 2, Talam dan sebagainya.

Rakyat Selangor tidak semudah itu untuk diperbodohkan dan tidak akan masuk ke lubang biawak dua kali.-harakah daily

No comments: