Monday, October 22, 2012

Komen isu semasa bukan pendirian tetap Perkasa

 
Pendirian Perkasa tetap untuk berpihak kepada BN dan sekaligus MCA. 



KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menjelaskan perbezaan pendapat beliau dan Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi semalam berhubung isu hudud yang dibangkitkan Presiden MCA Datuk Sri Chua Soi Lek sebagai teguran semata-mata.

“Ketua Wira hanya beri respon isu semasa. Kalau tak beri respon, Perkasa dihentam,” jelas Ibrahim ketika ditanya perkara ini di pekarangan Dewan Rakyat hari ini.

Semalam Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi memberi amaran agar MCA tidak menggunakan isu hudud untuk memancing undi.

 Walau bagaimanapun Ibrahim Ali yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas menyifatkan kritikan Chua sebagai perbezaan pendapat semata-mata dan berpandangan MCA mempunyai hak meluahkan pendapat.

“Kalau tidak orang Cina akan berkata MCA tidak bersuara kerana DAP pun main isu hudud,” jelas beliau.

Ibrahim turut menegaskan pendirian Perkasa untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dan MCA di dalam pilihan raya umum ke 13 berdasarkan faktor keselamatan dan kemakmuran.

“Pendirian Perkasa di dalam isu ini adalah untuk menyokong BN berdasarkan faktor keselamatan dan kemakmuran.

“Pakatan Rakyat belum bersedia menggantikan BN. Mereka tidak boleh sentuh perlembagaan, Artikel 153 dan belum didaftarkan sebagai pakatan politik,” kata Ibrahim.

Lihat juga:

Kritik hudud: Ibrahim Ali pertahan CSL


Jangan guna hudud untuk pancing undi, MCA

No comments: