SHAH ALAM : Seramai 277,778 wanita akan menerima manfaat program mamogram jika Kerajaan Pusat mengikuti cara yang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor.
Dalam pembentangan Belanjawan Pusat 2013, sejumlah RM 25 juta diperuntukkan untuk program itu yang hanya mensasarkan 100,000 wanita.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata, mengikut perkiraan, kos mamogram di bawah skim kerajaan pusat adalah RM 250, sedangkan ia hanya RM 90 di bawah Selangor.
“Di bawah pengurusan Selangor, sejumlah 100,000 wanita hanya memerlukan RM 9 juta sahaja dan bukan RM 25 juta,” kata Rodziah dalam kenyataan medianya.
Rodziah mendesak Kerajaan Pusat menjustifikasikan bagaimana Kerajaan Pusat perlu lebihan RM 160 seorang untuk skim itu.
“Perbelanjaan skim mamogram Kerajaan Pusat ini adalah suatu pembaziran dan perbelanjaan yang tidak telus serta membebankan rakyat.
“Khususnya di kala Malaysia akan sarat dengan hutang yang tinggi,” katanya.
Ujarnya,sebelum ini Kerajaan Selangor telah memperuntukkan RM 5.2 juta untuk Skim Mamosel yang merangkumi kira-kira 60,000 wanita.
“Sasaran kami adalah untuk memberikan perkhidmatan mamogram kepada 1 juta wanita dengan peruntukan tambahan.
Kerajaan Selangor telah menjalankan Skim Mamogram Selangor (Mamosel) sejak 2010.
No comments:
Post a Comment