Wednesday, October 24, 2012

Chua Soi Lek Jangant Ingat "Perkasa" Perkakas Umno!


Oleh Abdul Rahman 

Isu HUDUD berbangkit semula. Mursyidul Am MCA, Haji Chua Soi Lek sekutu kuat BN sekali lagi bermain bunga api. Dia cuba untuk meniru gaya Tun Dr Mahathir Mohamad mengupas isu hukum hudud.

Oleh kerana Mahathir sering berkata bahawa hudud Islam berbeza dengan hudud PAS, maka mantan Perdana Menteri itusecara konsisten  telah mengajak umat Islam negara ini menolak hudud. 

Saya percaya jika UMNO sendiri yang mahukan hukum Islam ini diterima pakai di negara ini, pasti Mahathir akan menyanggah kononnya hudud Islam dengan hudud UMNO adalah berbeza sebagaimana sanggahannya terhadap PAS yang mempertahankan hukum Tuhan itu.

Dari kenyataan itu begitu jelas bahawa Mahathir sendiri percaya bahawa wujudnya hukum hudud di dalam Islam, tetapi beliau enggan menerima pakai hukum Tuhan itu sambil merpersendakan kononnya akan ramai rakyat Malaysia yang kudung tangan jika hudud dilaksanakan di negara ini.
 
Saya tidak terperanjat jika Chua Soi Lek beterusan memperlekehkan hukum Al-Quran, kerana sifat jahiliah memang ada pada dirinya. Bukan sekadar beliau boleh menghina hukum hudud, mungkin juga belum terkeluar lagi dari lidahnya untuk mempersendakan hukum-hukum Islam yang lainnya seperti hukum menutup aurat, hukum qisas, perintah bersolat termasuk juga perintah puasa yang menyebabkan umat Islam berlapar dan dahaga di siang hari pada bulan Ramadan. 
 
Beliau bukan orang Islam, kerana beliau juga tidak percaya dengan keEsaan Allah, begitu juga jika ditanya kepadanya tentang keRasulan Nabi Muhamad SAW, dia tidak akan mempercayainya. Mungkin pada orang sepertinya, Islam bukanlah agama yang terbaik untuk dipercayai, maka sebab itu dia terlalu celupar untuk menghina hukum hudud, kerana padanya Dr Mahathir juga tidak boleh menerima hudud, maka beliau turut merasakan ada kebenaran apa yang Mahathir katakan itu. 
 
Demikianlah malangnya hukum Tuhan kepada golongan yang merasakan hukum itu boleh menganiaya manusia. Kepada golongan 'Jahiliyah Moden' ini disarankan agar mereka segera bertaubat, itu pun jika mereka masih meyakini kewajaran untuk bertaubat di sisi Allah adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam.
 
Chua Soi Lek tidak perlu bertaubat kerana dia telah diajar dan diasuh bahawa Allah bukan Tuhannya. Sepatutnya Presiden MCA ini diberitahu bahawa dia adalah pemimpin yang 'kurang ajar'. Siapa yang patut beritahu? Selain daripada ibu bapa dan keluarga terdekat yang patut menasihatkan dirinya, rakan sekutunya di dalam BN terutamanya UMNO adalah yang paling 'aula' untuk zipkan mulut biadapnya itu. 

Mana pergi ulamak-ulamak yang mesra UMNO seperti Ustadz Fathul Bhari, Jamil Khir Baharom, Ustazah Mashitah Ibrahim, Zul Nordin dan Mursyidul Am TIBAI, Ustadz Zahid Md Arip? Apakah tidak ada teguran untuk 'si kafir' ini? Utusan Malaysia dan TV3 juga kelihatan menikus malah Dato' Sri Najib Razak, Presiden UMNO juga enggan membuat komen. Apakah Najib merasakan isu ini mungkin boleh menyinggung sahabat karib UMNO itu agaknya, sehingga Chua Soi Lek merasakan bahawa dirinya ada 'imuniti' untuk membuat cacian terhadap Islam. Jika UMNO terdorong untuk menyebelahi MCA yang mencaci Islam, apakah alasan lagi untuk umat Islam terus bersekongkol dengan puak-puak syaitan ini?  
 
Alasan bahawa yang dicaci bukanlah terhadap agama Islam, tetapi terhadap Islam yang dibawa oleh PAS adalah juga ciri-ciri keiblisan dan syaitan yang dikenali seperti yang dimaksudkan oleh Mahathir. Saya harap UMNO tidak terperangkap dengan persepsi jahiliyah ini, jika tidak mahu parti ini dilabelkan sebagai 'Parti Jahiliyah'.
 
Fatwa PERKASA yang mengharamkan mengundi MCA dalam PRU13 nanti, bukanlah sesuatu yang melampau, kerana perbuatan melampau pemimpin nombor satu MCA itu sewajarnya diajar sedemikian rupa. PERKASA bertindak betul kali ini kerana mungkin PERKASA merasakan Islam perlu didahulukan sambil mengakui bahawa PERKASA tetap sebagai pencacai UMNO yang setia
http://locengwangsa.blogspot.com/

No comments: