Oleh Aisha Geoffrey
KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mahu
kerajaan membuat siasatan menyeluruh dan mendalam tentang pengagihan
saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
“Ia bukan soal Sabah atau di mana-mana, ia soal ketelusan,” kata Ahli Parlimen Batu itu kepada Keadilan Daily.
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh ketika
perbahasan di Parlimen hari ini mendedahkan terdapat individu di Sabah
yang menerima sebanyak sejuta saham FGVH walaupun tiada kena mengena
dengan pembangunan Felda.
“Saya turut terkejut dengan kenyataan Ghapur itu, jelas ada pilih kasih dalam pengagihan tersebut.
“Justeru, kita juga perlu siasat di Semenanjung Malaysia sama ada perkara yang sama turut berlaku,” katanya.
No comments:
Post a Comment