Oleh Siti Sofia Md Nasir
SHAH ALAM: Exco Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan
Perdagangan Teresa Kok mendakwa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan
Yaakob sebagai 'individu yang penuh emosi' apabila mengeluarkan
kenyataan enggan menjual air mentah kepada Selangor.
Teresa berkata, Adnan membuat kenyataan tanpa membuat sebarang kajian selain alasan yang diberikan tidak kukuh.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, tindakan Adnan itu juga
seolah-olah satu ugutan kepada penyokong Pakatan Rakyat dan juga
pengguna air di negeri tersebut.
"Memang ini permainan politik. Ini menunjukkan Menteri Besar Pahang
membuat kenyataan tanpa mengadakan kajian dan tanpa mempunyai alasan
yang meyakinkan orang.
"Apa yang dia kata adalah penuh dengan emosi. Dia anggap dia boleh menjadi Menteri Besar lagi.
"Dan ini juga adalah satu bentuk ungutan kepada penyokong Pakatan dan pengguna air di Selangor," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan
Adnan hari ini yang akan menimbang untuk membatalkan perjanjian
pembekalan air mentah kepada kerajaan Selangor jika Pakatan Rakyat terus
menghalang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).
Adnan turut membayangkan kemungkinan harga itu dinaikkan hingga RM1
satu meter padu jika kerajaan Selangor terus meletakkan pelbagai
kekangan terhadap Langat 2.
Dalam pada itu, Teresa turut mendakwa kerajaan Selangor mempunyai
beberapa lagi sumber air yang boleh digunakan sekiranya negeri ini
menghadapai masalah air.
"Apa yang saya tahu, mengikut pengiraan dari pakar air, mereka
mendapati selain dari Pahang, kita ada sumber air yang boleh digunakan
oleh kerajaan Selangor dan tidak semestinya dari Pahang," katanya.
No comments:
Post a Comment